Showing posts with label Karya sampai LEBAM. Show all posts
Showing posts with label Karya sampai LEBAM. Show all posts

August 27, 2013

Hanya aku.

Aku bukan pendekar yang bijak mengatur langkah merancang strategi.
Aku hanya manusia yang melangkah ikut gerak hati.

Apa yang tersorok dalam angkasa jiwa ku telah aku keluarkan,
aku pejamkan mata harap semuanya akan aman.

Aku tidak bercakap secara prejudis atas seluruh homo sapien,
aku bercakap tentang orang-orang sekelilingku.

''maafkan aku wahai teman, ku menumpang di sudut dunia mencari ketenangan.
sampai masa ku pergi jua''

March 5, 2013

Takut tapi.

Aku bingung,
Aku jadi hairan,
Mengapa sukar untuk aku maju?
Bukan aku tidak mampu
Dayaku berhala tuju.

Aku mengintai diluar jendela
Pokok dan awan aku soalkan,
Angin lalu menggiur romaku.
Ya!
Mungkin kerana
Aku seorang penakut!
Minda ku kolot!

Aku bisa lakukan apa yang aku mahukan
Tapi aku takut mereka tertawakan,
Aku mahu terus berjalan
Tapi aku takut mereka lari tinggalkan,
Aku mahu buktikan apa aku impikan
Tapi aku bimbang diperlekehkan,
Aku takut dengan tapi-tapian.

Mata ini memang celik
Akal ini memang cerdik.
Tapi aku masih berdiri dibalik jendela
Yang terus mencela dan menghembus hela.

February 23, 2013

Rajuk terpujuk.

Tentang sebuah rajuk yang pernah aku catatkan,
sukar hendak dipujuk
kerana salahnya terakur
kerikil yang mencalar
merebak luka besar
kerap terasuh hirisan yang sama.

Maaf pun dilafaz
rindu pun berputik
mengusik gelisah agar luput segera.

Semudah itukah hati menerima?
atas segala seksa
yang pernah memimpin
hati leka
kepada segala kecewa
tetapi kini kian hilang
rasa percaya.

Bukan semudah itu
rajuk terpujuk
biarkan ia kelu
biarkan
biarkan masa yang menentukan.

January 28, 2013

Penakut dan pemalu.

Aku terasa seperti ingin melepaskan sesuatu yang terbuku dalam tempurung ini. Aku ingin bersuara. Aku mahu seluruh dunia pasang telinga pekikan aku ini. Terlalu banyak yang aku pendamkan dan masih lagi tersimpan. Sama ada dalam kekusutan atau kekeliruan, atau aku ialah seorang penakut yang pemalu! Aku bukan seorang yang penuh ilmu didada. Aku hanya manusia yang hidup dengan tanda tanya. Aku tidak pasti samada ini adalah lakonan drama dipentas dunia, mereka adalah pelakon dan aku hanya boneka bertali. Tetapi yang pasti, aku sudah tidak tahan dengan skrip yang aku jalani.

Aku bingung mencari jawapan mengapa perlu bertelagah untuk memimpin sedangkan mereka adalah pemandu. Yang penting ditolak tepi, yang remeh diangkat tinggi, yang untuk dikebas lari, yang rugi dilindung sembunyi. Aku risau melihat penumpang yang mula membingit bising tentang arah haluan yang pingin dituju. Aku lihat mereka bertumbuk hanya kerana perkara temeh. Mereka semakin berani untuk bangkit. Mereka semakin liar dan mula mengganas. Mungkin kerana tuan hilangnya tali cemati atau mungkin mereka semakin lapar. Apa yang pasti ini harus dihentikan atau mimpi ngeri menjadi realiti.

Berjuta khayalan, beribu persoalan acap kali muncul. Adakah mereka tidak nampak atau mereka sengaja membutakan mata sambil berdiam tuli? Adakah mereka sudah lali dan memilih untuk berdiam diri? Tidak! Kerana mereka sama seperti aku. Seorang penakut yang pemalu. Takut untuk berdiri, malu dengan diri sendiri.

November 25, 2012

Suka sama suka suka

Bermula daripada suka sama suka
hinggalah kepada yang suka suka,
yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela,
yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?
masyarakat jadi huru hara,
anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa,
penyakit kelamin dan doktor sakit puan semakin kaya,
HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar,
lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat,
dari ceruk kota hingga ke celah desa,
dosa dan noda bergelumang dimana-mana,
bertaubatlah sebelum bergelar mayat.


November 24, 2012

Filem cerita dunia

Aku tonton filem itu,
bukan untukku mencari sebuah hiburan,
bukan juga dek kerana kelalaian,
dipaparkan adegan aksi dan cemas
babak lawan melawan
cemas dengan dilemaskan

tidakkah mereka perih angkat senjata ?
apa mereka tidak letih baling bom ?
tidak penat tunjuk kuat ?
tidak malu tindih yang lemah?

tatkala dia bangun untuk melawan
aku lihat darah dan ada yang berhenti bernafas
dulu hanya makanan dan harta dirampas
kemudiannya wanita dirogol
anak dara dijeling hingga juling
yang tua disuruh makan sabun
yang muda dilemaskan
mereka dibiarkan seperti sampah

hari ini senjata bergema lagi
bermacam bunyinya, bergema semesta
itu bukannya lakon layar perdana
mereka semakin serius bertelagah
aku lihat tangan jadi kayu
aku lihat kaki jadi batu
kayu itu mengalir darah
batu itu mengalir darah

benar semua ini sudah termaktub
tetapi aku masih tidak faham
dan aku berharap agar filem ini berakhir
kerana mungkin itu jalan yang terbaik
aku tak kuat seperti kanak kanak
aku tak kuat seperti orang tua
aku tak kuat seperti mereka

November 19, 2012

Tubuh yang sakit.

Tatkala diri ini sedang asyik termenung memandang jendela, dinding jiwa diketuk dengan khabar yang kurang enak didengar. Saudara jauh yang lansung tidak dikenali sedang berlari mengelak butir-butir peluru yang datang mengejar. Jam loceng mereka jet pejuang, malam mereka didodoikan dengan bedilan peluru berpandu.Ternyata berbeza suram suasana kita. Lantas aku berdiri, merajinkan diri melangkah sedikit lagi.

Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Bukan untuk melintas jalan. Tetapi cuma untuk memintas diantara pemikiran. Semangat membara mengejar syahid oleh pejuang mujahid itu demi tuhan yang tauhid. Buana ini sangat prihatin. Benar dan tidak dapat disangkal lagi. Jagat ini punya sifat ambil berat yang sangat kuat. Namun, sekali lagi tanda tanya itu muncul. Mengapa mereka berhenti takat itu ? Apakah nilai kasihan dan ambil berat itu sudah cukup untuk membayar tangisan dan darah warga disana ? Aku mula kecewa.

“Umat Islam itu ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit dan tidak boleh tidur malam”

Aku amat bersetuju dengan sabda baginda. Persoalannya, apakah kita adalah badan yang tidak bisa lena disaat sebahagian anggota kita sedang menderita kesakitan. Antara mereka ada yang tidak pernah merasa aman seperti kita. Antara mereka ada yang tidak mampu menjamah makanan setiap hari. Anak kecil kehilangan ayahnya. Ibu pula kehilangan anaknya. Keluarga telah hilang tempat bergantung dan perlindungan. Penderitaan mereka berpanjangan.  Mereka juga manusia. Mereka juga muslim seperti kita ! "Tidak beriman salah seorang darimu, hingga ia mencintai untuk saudaranya seperti ia mencintai untuk dirinya sendiri". Jadi, dimana usaha kita demi saudara kita ini ?

Perasaan gerun itu timbul dijiwa jika ingin bertempur. Potong sayur sahaja sudah terluka, inikan pula menghunus senjata ? Lalu jari-jari itu dialihkan kepada pihak yang lebih bertanggungjawab katanya. Sekali lagi alasan itu diberikan. Silap! Kita semua bertanggungjawab! Tidak mampu menghunus senjata tidak bermakna tidak mampu berperang. Usah hidup menjadi hamba alasan lagi. Jihad itu punya pelbagai cara. Daripada sekecil-kecil usaha menadah tangan sehinggalah mengangkat senjata. Mari jadi watan yang bertanggungjawab bukan sahaja untuk dirinya. Mereka perlukan kita walaupun hanya doa yang mampu dititipkan.

Namun, sekali lagi insan ini kembali kecewa. Melihat si-dungu dengan si-tolol berludah hujah akan hal yang lansung tidak punya faedah. Boikot. Si-dungu berusaha memboikot dan si-tolol punya tidak bersependapat kerana baginya usaha itu sia-sia dan sudah terlambat. Aku bukan si-bijak bestari, tetapi apa untungnya perbalahan mereka ini ? Kemana hilangnya solidariti yang dituntut nabi ? Kenapa harus membuang masa sebegini ?  Persoalkan diri sendiri sudah cukup sumbangan kita untuk akhiri penderitaan mereka ? Usah diperlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Bersyukurlah kerana ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh. Semoga Allah memberi kemenangan buat Mujahiddin disuluruh dunia.


"Allahumma suril mujahidin fi kulli makan, wa kulli zaman"

"Apabila seorang berdoa bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, berkatalah para Malaikat: Bagi kamu seperti itu juga." (hadis riwayat Muslim dan Termizi)

November 14, 2012

Keluhan terpendam.

Aku mengaku, aku antara makhluk yang gemar mengeluh. Memang benar segalanya. Jelas juga tercatit dalam firman-Nya. Mungkin kerana ia telah menjadi fitrah. Pernah berlegar diruang akalku, apa untungnya dengan keluhan aku ini ? Aku cermin diriku, aku rasa makin kerdil jiwa ini. Kadang-kadang aku lihat teman aku yang lebih bernasib baik daripada aku. Huh! Lagi-lagi aku mengeluh. Hingga putus semangatku dirogol resah ini. Ternyata mengeluh ini menciptakan energi negatif untuk tubuh ini.

Aku diam sejenak. Otak yang dungu ini mula berfungsi dan memikirkan sesuatu. "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain". Jadi, apa yang aku buat ini adalah jalan bagiku untuk menjadi manusia yang bermanfaaat. Tetapi, kenapa aku harus mengeluh? Lantas benak otak ini semakin kembali kepada landasan. Bukankah nikmat Allah itu sangat besar. Buktinya sampai sekarang aku masih hidup, walaupun lapar tetapi tidak kebulur, walaupun sakit tetapi masih wal-alfiat, dan aku masih lagi dapat memcurah manfaat untuk mereka disekeliling. Jasad masih terbaring tetapi jiwaku mula bangkit. Kewarasan mula timbul dalam diriku.

Aku masih jelingan bayanganku. Aku masih mencari tanda soal yang selama ini menjadi hantu. Aku cuba uraikan. Penghargaan. Ya, penghargaan! Mungkin itu yang sering menjadi penyebab aku berkeluh kesah. Ketika apa yang aku lakukan tidak mendapatkan penghargaan yang sesuai, diri kembali lemah dan mengeluh. Ketika realiti tidaklah sesuai dengan harapan. Padahal, aku sedar penghargaan yang paling penting itu dari Rabb-ku, bukan dari manusia.

“ Banyak orang yang mengingatkan 'saya'; kamu sedang dimanfaatkan oleh orang itu. Lalu 'saya' menjawab; biarlah 'saya' dimanfaatkan. Manfaatkanlah 'saya'. Silakan saja, selama 'saya' mampu untuk melakukannya.”

Terhenyuh, sentap hati ini saat mendengar penuturan itu. Manfaatkanlah saya. Lansung tidak marah saat orang-orang memanfaatkannya untuk sebuah kepentingan yang sama sekali tidak menguntungkan dia. Tidak marah jika tidak ada penghargaan yang ia dapatkan ketika telah melakukan sesuatu yang berharga. Baginya, bermanfaat bagi orang lain adalah sebuah penghargaan yang besar. Itu adalah tandanya bersyukur atas nikmat Ilahi. Suatu hari nanti, ketika nikmat-Nya dicabut dari tubuh dan tidak ada hal yang bisa kita lakukan agar bermanfaat untuk sesama, maka penyesalanlah yang timbul. Jadi, selama mampu, selama bisa, lakukanlah.

Sedangkan aku? Ilmu yang aku miliki pasti sangat bermanfaat untuk orang lain. Pertanyaanku dapat menegakkan diagnosa penyakit ini. Mungkin tulisan tanganku dapat memberikan ubat untuk yang sakit. Lantas, apa perlu aku kesah kelu lagi ?

November 12, 2012

Sudah terbiasa begini.

Sudah selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tapi aku mati
sudah terlalu biasa seperti ini
apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi

aku serah seluruh jiwa ini
aku koyakkan aku jahitkan
terus ke hati
tapi tak pernah cukup untuk dia
aku seperti sudah begitu mati
terjadi lagi setiap kali
aku bagi hati yang telah aku kunci pada dia
bila aku hunuskan pedang dia tarik dulu.

selalu aku merasa disampahkan
sedangkan selama ini kubagikan berlian
aku bagikan setiap apa yang ku ada
aku bagikan setiap yang diminta
tetap tak sempurna
bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila pula aku ini tidak pernah memenuhi jiwanya
aku tak tau lagi

mau apa aku bikin untuk dia
perlukah aku melutut dan meminta?
aku maukan engkau tetap di hati
perlukah engkau untuk pergi?
takkan ada sesiapa yang mencintai engkau
sebagaimana aku memegang engkau

sampai bila hendak kau mahu berlari ?
sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?

setiap kali aku lihatkan semua orang
tetap kau hargakan mereka yang terbilang
sedangkan aku bagi setiap rasa hati ini
sumpah aku tak mahu apa-apa
cukup sekadar percaya
rasa ini tidak akan terpadam
sampai lebam.

#nes

September 30, 2012

Mengapa terus kau diam?

Langkah pertama kau membaca puisi ini,
kesatkanlah air mata dipipi.

Aku bukan pendekar yang bijak mengatur langkah merancang strategi,
aku hanya manusia yang melangkah ikut gerak hati,
mungkin kaca hatimu kerap aku calarkan
tetapi percayalah bukan itu yang aku mahukan.

Mungkin datang petir dan ribut,
taufan datang bertambah kusut,
tetapi badai pasti akan surut,
setiapnya akan aku sambut,
untuk kamu, tak akan aku takut.

Usah kau patah dan layu,
siang garing malam membeku,
akan hadir sinar dan bayu,
pasak diriku teguh untukmu,
ini sumpah aku padamu.

Jika kau mahu bintang di awan,
akan aku petikkan,
agar bisa kau timangkan,
jika pintamu adalah bulan terang,
aku mampu terbang sekarang,
agar dapat kau mendodoi sayang.

Aku cuma pinta satu perkara,
minta dijenguk jasad ini,
minta dilihat wajah ini,
minta direnung mata ini,
minta dijengah tanpai benci,
minta diselami hatiku ini,
minta diintai sekali lagi,
jangan biarkan aku sendiri.

Apa yang tersorok dalam angkasa jiwa ku telah aku keluarkan,
aku pejam mata harap semua akan aman.
Tentang soalan yang kerap ku tanyakan,
benar, aku masih menanti sebuah jawapan.

Cereka yang telah lama tertulis.

Pada masa aku bersujud tubuh sehingga kebas setiap rongga,
aku meminta Dia izinkan kamu untukku,
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

Dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa,
aku memujuk Dia datangkan kamu selalu,
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup,
aku menunggu Dia hidupkan sepenuhnya,
aku menangis agar dikesiankan mimpiku seikhlasnya.

Dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup jantung,
aku mengemis Dia bagikan redhanya,
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

Namun aku lupa,
dalam keadaan jasad aku bersujud simpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak terubah.
jodoh mati sesungguhnya wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata,
telah siap hikayatnya tidak terhitung berkurun lama.

minta dan rayulah,
pujuk dan sembahlah,
tunggu dan tangislah,
emis dan rengeklah.

sampai lebam takkan berubah!