January 5, 2012

Fenomena perut berbunyi

Fenomena perut berbunyi sering dikaitkan apabila lapar. Acap kali apabila kita berasa lapar, dan keinginan yang tinggi untuk memakan sesuatu, perut kita akan mengeluarkan bunyi pelik. Gruu~ gruu~ Begitulah andaian bunyi yang dikeluarkan oleh perut mengikut karya animasi-animasi terkini.  Ramai yang menyangka bahawa wujudnya seekor makhluk yang hidung didalam perut kita. Dia merungut apabila mereka lapar sambil menendang usus-usus kita. Jangan terperdaya kerana itu semua hanya mitos sahaja.

Mengikut kajian yang saya lakukan semasa saya di Harvard dulu, saya tak dapat apa-apa keputusan. Sebab belum sempat saya menamatkan kajian, emak saya telah kejut supaya bangun sahur masa tu. Jadi, hari ini saya teruskan kajian saya berbekalkan mimpi yang saya igaukan tempoh hari.


Apa yang boleh saya katakan ialah, bunyi perut ini terhasil daripada getaran yang berlaku didalam perut. Manakala getaran yang berlaku dibibir dubur anda ialah kentut atau nama saintifiknya kentuit hexadomonas. Gegeran-gegaran ini biasanya disebabkan oleh pencernaan normal. Jadi siapa yang tidak mengaku dia kentut itu adalah orang yang tidak normal. Gegaran ini boleh berlaku apabila anda lapar. Dan jugak boleh terjadi apabila anda selepas makan atau antara waktu makanan sedang dihadamkan.

Lapar dan selera makan dikawal oleh sistem yang kompleks isyarat saraf dan bahan-bahan seperti hormon terutamanya yang dibuat oleh sistem penghadaman anda. Apabila anda tidak makan untuk sementara waktu, bahan ini dilepaskan dan menyebabkan sebahagian otak anda yang dikenali sebagai hipotalamus untuk "menghidupkan" keinginan anda untuk makan. Mesej kemudiannya dihantar ke perut dan usus anda tanpa menggunakan sebarang provider rangkaian seperti Maxis dan Celcom yang menggunakan caj yang tinggi. Ini akan mencetuskan pengecutan otot dan pengeluaran asid dan cecair penghadaman yang lain yang secara tidak lansung akan menyebabkan gegaran serta rungutan bunyi yang anda dengar. sebagai persediaan untuk perut anda menerima makanan. Hanya dengan berfikir, melihat mahupun menghidu makanan, fenomena ini boleh tercetus. 



Namun, kadang-kadang bunyi perut yang berlebihan boleh menjadi tanda-tanda gangguan yang mendasari gastrousus seperti sindrom usus atau nama saintifik yang mudah untuk difahami ialah sakit perut atau sembelit. Tetapi dalam kes-kes seperti ini, bunyi perut biasanya disertai dengan tanda-tanda dan gejala-gejala seperti kembung, cirit-birit, kekejangan atau gas yang berlebihan.

Anda tidak perlu risau. Kerana seperti apa yang saya katakan sebentar tadi, perkara ini adalah normal. Anda tidak akan mendapati komplikasi dalaman seperti kanser, asma, jantung belubang mahupun keguguran kandungan anak luar nikah. Anda hanya perlu risau apabila anda ingin kentut, tetapi firasat anda mengatakan bahawa najis yang anda kandungi itu dalam kosentrasi cair. Itu amat merbahaya kerana mengandungi bau yang cukup melantong.



 Apa yang saya kongsikan kepada anda ini adalah fakta belaka yang bercampur sedikit auta. Artikel ini jugak dapat diklasifikasikan sebagai laporan oleh kerana perut saya juga sedang berbunyi pada ketika ini. Akhir kata daripada saya ;

Sama-samalah kita membaca doa makan sebab perut saya dah berbunyi. Sekian terima kasih.

Credit tu Nurul Jannah Zulkifli a.k.a Jane Doe

January 2, 2012

Kisah cinta mereka berakhir begitu.

Peah merupakan seorang perawan yang cantik rupawan. Wajahnya persis Siti Saleha dalam Nora Elena. Peah merupakan seorang lepasan Ijazah Kejururawatan. Dia kini sedang menunggu panggilan untuk practical disebuah hospital terkemuka. Dengan rupa yang dimiliki, Peah acap kali di"ushar" oleh ramai lelaki yang terpaut dengan kejelitaannya. Tidak kurang juga dengan Bangla dan mat Afrika yang penasaran melihatnya. Namun, hati Peah telah dimiliki. Ya,. Mamat yang memiliki hati Peah.

Mamat adalah seorang anak kampung yang rajin. Dia berkerja sebagai seorang Mekanik dan memiliki sebuah bengkel. Biarpun Mamat hanya seorang mekanik, Peah ikhlas mencintainya kerana kejujuran hati Mamat. Kisah mereka dipertemukan semasa Peah sedang pulang dari pekan. Peah yang memandu Perodua Myvi 1.5, engine turbo, secara tiba-tiba keretanya rosak ditepi jalan. Hendak dijadikan sebuah kisah, Mamat yang kebetulan berada dikawasan berhampiran datang membantu. Dengan lagak macho seakan hero tamil, Mamat memeriksa kereta Peah. 10 minit ditenung bahagian enjin kereta itu. Namun, sentuhnya tidak.

"Awak tau ke apa rosaknya ?" tanya Peah.
Mamat dengan lagak macho, memalingkan mukanya kearah Peah. Dijawabnya "Biasanya saya repair motor je, kali ni tengok enjin kereta, pening kepala saya". Tersipu-sipu dia tersenyum.

Guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Drama tamil telah bermula. Hujan turun dengan sangat lebat. Suasana kian gelap.

"Awak masuklah dalam kereta, kena hujan nanti demam pula" ujar Mamat tanda ambil berat.

Mamat adalah seorang lelaki 24 tahun yang boleh dikira separa lurus bendulnya. Akan tetapi, dia adalah seorang yang baik hati. Dalam keadaan hujan lebat, Mamat menolak kereta Peah sehingga ke bengkel berdekatan. Rupa-rupanya, kereta Peah bukanlah rosak, cuma kehabisan minyak. Al maklumlah perempuan apabila membawa kereta.

Hari demi hari, bulan bersilih ganti, Peah dan Mamat berkenalan rapat dan masing-masing telah menyatakan perasaan mereka. 4tahun berlalu, masing-masing mengenali isi hati pasangan. Peah merupakan seorang yang kuat cemburunya. Bahkan Mak Jah yang menjual epok-epok juga dicemburu mati. Peah juga seorang yang sensitif dan kuat merajuk. Pernah sekali Mamat berjanji untuk membawa Peah makan bersama. Tetapi Mamat membawa adik perempuannya untuk teman bersama. Mamat, seorang yang menjaga perbatasannya. Sepanjang perkenalannya, dia tidak pernah menyentuh mahupun memegang tangan Peah. Walau pernah terbit dihatinya, namun nafsu tersebut dibilas dengan imannya. Peah pula sangat memahami dan senang dengan Mamat.

Pada suatu hari, diwarung Satay Wak Ketari sedang asyik Mamat memamah satay ditangannya, Peah bersuara ;
"Abang, Peah nak pakai cincinlah"
Tersembur keluar semua yang didalam mulut Mamat melekat dikepala sorang brother ni. Mamat tersentap sebentar dengan apa yang Peah katakan sebentar tadi.
"Peah, abang memang tengah simpan duit nak meminang Peah, tapi belum cukup lagi. Tunggulah 3,4bulan lagi? Abang kan dah janji?" ujar Mamat lembut.
"Apa laa abang ni, Peah bukan nak cincin tunang la. Peah cuma nak cincin murah,untuk symbolik hubungan kita ni. Esokkan genap 4tahun kita couple ?" balas Peah sambil menghulurkan air kepada Mamat.
Tenang hati Mamat seketika mengangguk-angguk. Lalu diteruskan makan satay tersebut.

"Abang!! dengar tak ni ?!!" tepuk Peah kebahu Mamat. Tersembur lagi satay dalam mulut Mamat. Kali ni, cebisan-cebisan tu melekat dekat akak tukang buat air pulak.
"Iyee,abang dengar ni. Tapi nak buat ape ? 3,4bulan lagi, abang janji abang bagi cincin emas terus" jawab Mamat sambil mengelap mulutnya.
"Abang ni,.tak sporting lansung laa.bukannya Peah mintak mahal-mahal. Pasar Karat pun jadi laa"
"Eh,dah pukul 11 dah ni. Dah lewat dah. Mari kita balik ? Bising bapak Peah nanti." Mamat cuba me"line-clear"kan keadaan. Manakala Peah terus menjeling dan memuncungkan bibir.
"Esok petang lepas Peah keje,.kita jumpa k ?"
"Yelahh,.huh.." jawab Peah dengan merungut

Dalam perjalanan pulang itu, Peah lansung tidak bersuara walaupun diusik oleh Mamat. Jelas menunjukkan yang dia marah akan Mamat. Sampai dirumah, Mamat hanya mampu tersenyum mengingat semua telatah si Peah.
"Peah,.Peahh.. kau ni makin cantik pulak bila merajuk" senyum Mamat sendirian diatas katil.

Keesokkan harinya, mereka berjumpa seperti yang telah dijanjikan. Peah masih memuncungkan diri.
"Peah, cuba awak tutup mata" ujar Mamat kepada Peah.
"Buat apa ? Taknak la saya tidur dekat tengah-tengah Bandar ni." balas Peah
"Saya nak bagi hadiah ni,nak ke taknak ?"
"Hadiahhh ?? hah ? Betul kee abang ? Nak nak!!" Jawap Peah dengan muka yang eksited
"Saya kira sampai 3,awak buka mata ye ?"
1. . 2 . . 3....

Peah membuka matanya. Kelihatan satu patung beruang diatas tangannya.
"Comel tak ? macam muka awak kan Peah ?" gurau Mamat
"Apa ni abang, Peah nak cincin laa,.Peah taknak bear" Peah menyatakan dengan keras. Lalu dicampakkan patung tersebut hingga ke tengah jalan.
"Peah nak cincin laa abang! Bukannya Bear" sambung Peah lagi.

Mamat melihat patung tersebut dan berjalan kearahnya untuk mengambil semula patung itu. Namun, tidak disangka, Mamat dilanggar oleh sebuah kereta. Melayang badannya, terbaring ditengah jalan. Darah mula mengalir keluar daripada atas kepada hingga ke hujung kaki. Mamat tidak mampu menggerakkan seluruh tubuh badannya. Peah yang berada dan menyaksikan kejadian itu betul-betul didepan matanya terdiam. Lalu dia menjerit. "Mamatttttttttttttttttttttttttttttttttt !!!!!" seluruh alam menyaksikan.

Peah pergi kearah Mamat, lalu dia menggoyang-goyangkan tubuh Mamat. Seraya Mamat berkata dengan sayu. "Ambil dalam poket ni". Diseluknya Peah kedalam poket. Terdapat sebentuk cincin yang sangat cantik.. Serentak itu patung beruang tersebut mengeluarkan bunyi "will you marry me". Gugur air mata Peah mengalir melihatkannya. Peah menjawab "Iyee abang, Peah sudi,.Peah mintak maaf abang". Mamat terus pejamkan mata dan dikejarkan kehospital.

Mamat dimasukkan dalam unit rawatan rapi. Peah dengan keadaan sayu, berjalan masuk melihat keadaan Mamat yang parah terlantar. "tett,..tettt..tettt" bunyi pulse meter. Tiba-tiba bunyi tersebut berbunyi panjang tanpa henti. Peah kerisauan "Abang!! jangan tinggalkan Peah !!". Berlari masuk terburu-buru kedalam wad dan terus memeriksa keadaan Mamat. Peah memeluk rapat tubuh Mamat sambil menangis teresak-esak. Terdengar suara halus membisik ke telinga Peah memanggil namanyaa.

"Pe. . .peah . . wire heartbeat monitor tercabut ni" perlahan suara tersebut kedengaran. Peah menatap wajah Mamat. Mamat yang sedang tersenyum melihat Peah yang sedang menangis teresak-esak.
"Awak langgar-langgar sampai tercabut wire tu" kata Mamat

"Dia ni bukannya teruk. Patah kaki jee tu" kata doctor yang berada disitu.

January 1, 2012

Isu pakai tudung atau tidak.

Perempuan yang pakai tudung tak semestinya orang tu baik dan perempuan tak pakai tudung tak semestinya orang tu jahat. 
Well, ramai kot yang cuba memperbahaskan isu ni. Sedia maklum, aku memang suka berbahas. Dan yang paling penting, sesiapa sahaja, atau apa sahaja topic yang aku bahaskan, aku adalah pemenangnya :D

Dan topic panas hari ini adalah isu pakai tudung vs tak pakai tudung.

Sebelum apa-apa, dah tentu-tentu perempuan yang tak pakai tudung tersebut tu adalah salah ! Islam memang menuntut agar menutup aurat. Hukumnya haram kalau tak pakai tudung. Okay,tanak sentuh pasal soal hukum, sebab aku bukannya ustaz atau sufi. Ilmu agama masih tak cukup untuk membahaskan soal hukum agama.

Ramai yang tidak berpuas-hati statement macam tu dikeluarkan espesially dekat pesbuk laa. Comfirm ade kak temah, mak jah yang komen tak puas hati. Katanya, diorang ada hak mempertikaikan, sebab diorang pakai tudung. Diorang taknak dilabel sebagai orang jahat. Dan bila ada kaum adam (aku laa tu) menyampuk, disuruhnya diam sebab tak ada kena mengena dan tak tau hati dan perasaan mereka.

Deyy macha, benda ni universal kot. Tak kira usia mahupun jantina. Adik aku darjah 1 pun boleh jawab. Nak senang, nak kasi korang boleh terima apa yang aku cuba sampaikan, biar aku menyamar jadi perempuan harini. Korang diam-diam,.jangan bagitau orang lain yang tulis ni lelaki.

Okay,.intro panjang, tapi isi sikit pun akak tak masuk lagi. Pada akak laa kan, memang tak semua perempuan yang pakai tudung ni baik dan tak semua perempuan yang tak pakai tudung tu jahat. Pada perempuan yang pakai tudung, tapi menggelabah bila orang cakap camtu apasal ? Yang makan cili je rasa cili tu pedas atau tak.
Semua orang tau atau pernah nampak sendiri, perempuan yang pakai tudung, tapi kerja dia mengumpat sana-sini, buat fitnah, and ade jugak kot video lucah perempuan yang pakai tudung. Alamak kantoi. Then, ada jugak perempuan yang tak pakai tudung, tapi cukup solat 5 waktunya, suka tolong orang, jaga tutur kata dan akhlaknya.

Contoh senang, kalau korang beli durian, gred D24, bau dia mengancam, korang tengok jee dah terliur dah. Meleleh air liur tu macam yo-yo (kata Abon). Tapi bila korang dah kopek durian tu,.dalamnya ada banyak ulat. Result lari daripada expectation. Apa yang korang rasa masa tu ? Nak mengamuk tak ? Atau rasa menyesal kopek durian tu, kalau tau baik jual balik dekat orang. Betul tak ? Situasi dia sama laa dekat sini. Itulah yang akak cuba sampaikan kat korang, tapi ramai antara korang yang melencong sampai Jakarta tengah dah.

Pada semua orang yang pakai tudung, tahniah sebab berjaya mengikut tuntutan ALLAH. Tapi, dengan cuma memakai tudung sahaja tak dapat dikategorikan sebagai baik, & belum terjamin syurga. Jadi,teruskan meninggalkan larangan-Nya. Pakai tudung biar elok perangainya. Pada yang tak pakai tudung, korang sendiri tau pakai tudung tu haram. Aku tegur atau nasihatkan korang supaya pakai tudung. Tapi aku takde hak nak paksa korang pakai tudung. Dosa kita lain-lain, kubur kita lain-lain, dan kita akan dihisap lain-lain.
Ada yang pakai tudung memang baik.
Ada yang pakai tudung tapi jahat.
Ada yang tak pakai tudung memang jahat.
Ada yang tak pakai tudung tapi baik.


Btw, akak extra's for u all