January 28, 2014

Its time to walk away.

Terdetik ku persoalkan
"Sebenarnya apa yang engkau cari?"
peta telah diberi
keliling dipampang papan tanda,
masih kau sesat mencari arah?
salahnya kerna aku sendiri
aku yang pandu menyimpang kiri.

Jauh dalam lubuk hati ini
mahu cari jalan yang benar
mahu pergi jauh dari kota dosa ini
yang mana jagatnya syaitan dan onar.

Saat aku mula jatuh
jasad yang dulunya gagah berlari
kini menggigil mahu berdiri
masa telah mengajarku
hipokrasi ini perlu ditelan
"Jangan sombong dengan diri sendiri
kita ini hidup bertuhan."

Sebelum jasadmu bertukar tulang
bangkitlah
cari tenang dalam dirimu
tunjukkan ku jalan pulang
aku pasti masih belum terlewat
tanamlah benih walau esok kiamat.

Ayuh bersamaku,
aku mahu bawa kamu
kita cari syurga.

"Its time to walk away"

January 23, 2014

Away from you

I think of thoughts that cannot be,
no hand can reach across this sea,
the season change on distant shore,
from sunshine blue to cloudy skies.

Reminding me all the things,
i often wish,
but i cannot do.

January 12, 2014

Katalis

Disaat aku terkulai jatuh,
Bila aku mahu berhenti melangkah,
Kamu hadir datang memapah kaki yang patah,
Seluruh jiwa yang aku kerah walaupun aku hampir menyerah.