February 23, 2013

Rajuk terpujuk.

Tentang sebuah rajuk yang pernah aku catatkan,
sukar hendak dipujuk
kerana salahnya terakur
kerikil yang mencalar
merebak luka besar
kerap terasuh hirisan yang sama.

Maaf pun dilafaz
rindu pun berputik
mengusik gelisah agar luput segera.

Semudah itukah hati menerima?
atas segala seksa
yang pernah memimpin
hati leka
kepada segala kecewa
tetapi kini kian hilang
rasa percaya.

Bukan semudah itu
rajuk terpujuk
biarkan ia kelu
biarkan
biarkan masa yang menentukan.