November 24, 2012

Filem cerita dunia

Aku tonton filem itu,
bukan untukku mencari sebuah hiburan,
bukan juga dek kerana kelalaian,
dipaparkan adegan aksi dan cemas
babak lawan melawan
cemas dengan dilemaskan

tidakkah mereka perih angkat senjata ?
apa mereka tidak letih baling bom ?
tidak penat tunjuk kuat ?
tidak malu tindih yang lemah?

tatkala dia bangun untuk melawan
aku lihat darah dan ada yang berhenti bernafas
dulu hanya makanan dan harta dirampas
kemudiannya wanita dirogol
anak dara dijeling hingga juling
yang tua disuruh makan sabun
yang muda dilemaskan
mereka dibiarkan seperti sampah

hari ini senjata bergema lagi
bermacam bunyinya, bergema semesta
itu bukannya lakon layar perdana
mereka semakin serius bertelagah
aku lihat tangan jadi kayu
aku lihat kaki jadi batu
kayu itu mengalir darah
batu itu mengalir darah

benar semua ini sudah termaktub
tetapi aku masih tidak faham
dan aku berharap agar filem ini berakhir
kerana mungkin itu jalan yang terbaik
aku tak kuat seperti kanak kanak
aku tak kuat seperti orang tua
aku tak kuat seperti mereka