March 23, 2014

Ini tidak adil.

Ini tidak adil.

Apabila sebuah pesawat hilang, seluruh dunia terus berikan perhatian kepadanya. Berpuluh pesawat, beratus kapal diarah mencari dan menyelamatkannya. Kerana sebuah pesawat yang hilang dan sejarah hitam yang tercipta. Bukan aku tidak hiraukan 237 nyawa itu, tapi dunia berlaku kejam & bias.

Mengapa?

Kerana disaat ini juga, sudah berjuta rakyat Palestin diusir dari rumah mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka dipukul, ditetak, dirogol, dibunuh, dibom. Kini ratusan ribu antara mereka sedang kelaparan dan ramai yang mati kebuluran. Dimana dunia? Tiada siapa yang mendengar tangisan Yarmouk.

Belum cukup dengan itu. Di Afrika, mereka dipukul dan dibunuh hanya kerana mereka berani melafazkan Allahu Akhbar. Di Syria, mereka disiksa kerana hidup berteraskan sunnah. Di Rohingya, dibunuh hanya kerana mereka Islam.

Adakah ini semua adil buat mereka?

Berita tentang pesawat setiap lima minit.
Berita tentang mereka setiap 5 minggu.
Hari ini kita hantar kapal dan pesawat mencari pesawat yang hilang.
Esok mereka disana terima pesawat dengan bom dan peluru.
Di Twitter, #Pray4MH370 sudah 2 minggu,
Tetapi mereka tiada siapa yang peduli.

Sedih apabila doa yang percuma pun susah nak bagi.

March 15, 2014

I'm never gonna be good enough for you

I try not to think about the pain I feel inside. All the days you spent with me, now seem so far away and it feels like you don't care anymore. And now I try hard to make it, but i'm never gonna be good enough for you. I can't stand another fight and nothing's alright. Because we lost it all, nothing lasts forever. I'm sorry, i can't be perfect. Now it's just too late and we can't go back.

Nothing's gonna change the things that you said, nothing's gonna make this right again. Please don't turn your back, I can't believe it's hard just to talk to you but you don't understand.


March 8, 2014

Pengkhianat dunia.

Terik mentari kini membakar kulit,
Memasak isi-isi disetiap tengkorak
Datang tengkujuhnya bagai tiada henti
Helahan nafas ini bukan lagi yang dulu
Kini dihembus dengan penuh rasa keluh.

Jagat ini telah penuh dengan kekotoran,
Bau bangkai tanpa mayatnya
Bau wangi tanpa bunganya
Kuku-kuku besi diasah tajam
Untuk merobek bukit mencakar langit.

Semakin hari semakin tak peduli,
Semakin pupus segala harapan,
Makin jauh makin terkubur lingkaran angan-angan
Terbenam segala mimpi yang melambung
Mata kau butakan,
Telinga kau pekakkan,
Terbang melayang menyusup dalam lumpur.


Mari,
Usah kita biarkan
Tegarlah engkau ucapkan selamat tinggal
Kepada kebodohan dan hati yang goyah.