December 10, 2011

Debate kembali lagi - Isu Burung Hantu.

Yeahhh! Back from the death.

Entri kali ni memang aku buat khas untuk sailang post yang ditulis oleh Dakwat Pena iaitu pasal  Rantai Burung Hantu. Klik sini untuk baca post tersebut.


Ehemm.Stretching jari dulu sebab aku tau post ni akan menjadi panjang ! hehehe :D


Niat dia baik and ada yang betul dengan apa yang dia cakap. Dia ingin menyedarkan saudara Muslim supaya lebih berhati-hati lagi. Aku tak ragui "keikhlasan" dia untuk berdakwah. Aku juga tak meragui beberapa content post dia adalah BENAR. Lagi-lagi pasal mengukir patung and object bernyawa. Aku sendiri tau yang kita sebagai umat islam tak boleh membuat ukiran patung atau object bernyawa kerana ianya menyerupai Berhala. Aku pun assume korang semua tau pasal benda ni.

Tapi aku sangat-sangat KURANG bersetuju apabila dia kaitan cerita dia ni dengan Freemason. Aku sailang. Bukan sebab aku ni freemason.  ლ(ಠ益ಠლ) ლ(ಠ益ಠლ)


Okay, aku boleh assume secara logik yang kaum freemason ni wujud dan mungkin dia ada mengguna simbol "burung hantu" yang aku tak tau diorang anggap sebagai ape. Tapi dekat sini,. takkan serta-merta locket ni bersangkut paut dengan freemason pulak. Dah memang Towkay rantai ni nak buat bentuk burung hantu, so dia buat lah ghupe burung hantu. Takkan dia nak buat ghupe burung dibalut dengan kain kaffan sebab nak tunjuk yang burung tu adalah hantu (burung berhantu). Mungkin ada yang nak mempertikaikan kalau aku cakap yang semua ni KEBETULAN sahaja. Jadi kalau macam tu, boleh la kita cakap yang cerita Harry Potter ni adalah cerita freemason ! Sebab dia gune burung hantu. Then,kita cakap lagi, Pokemon Hoothoot juga adalah freemason sebab dia adalah sejenis burung hantu ! Kemon laa, jangan kolot kan minda kita dengan propaganda diorang. Contohla kalau owner kilang or designer kilang buat rantai ni memang takde bersangkut paut dengan freemason or maybe memang dia takde niat lansung nak buat bentuk yang kononnya freemason ni, bukan ke dah jatuh hukum fitnah dekat situ ?




Btw, ini adalah pokemon Hoothoot yang aku mention tadi :D

Then, ade yang berani kata 98 % perkara dalam dunia ni mereka (freemason) sengaja wujudkan.

"bukan hanya rantai ini , 98 % perkara dlm dunia ini telah mereka wujudkan , iaitu ciptaan mereka sendiri iaitu dari Freemasons/Ilumatti lakhnatullah dan kafir kitabi"


Aku tak pasti lah kalau dia ni kaji kita freemason tu. Tapi berdasarkan apa yang aku tau, and apa yang aku faham tentang freemason ni, kaum freemason ni adalah kaum penyembah syaitan dan dioranglah yang mahu membangkitkan Dajjal. Diorang memang tahu islam adalah agama yang benar dan sebab tu diorang awal-awal lagi sudah mengkaji Al-Quran. Mereka juga tau yang kitab suci Al-Quran ni benar dan mengandungi SEMUA perkara didunia ini. Dan sebabkan tu la mereka berjaya menipu yang kononnya mereka MENCIPTA hampir kesemua perkara didunia ini. Padahal, mereka telah menggunakan Al-Quran sebagai "manual" mereka.



Yang terakhir, dimana aku memang 100% tak setuju bila dia sendiri jatuhkan hukum Haram memakai rantai ni. Amboi abang, hebat nampak amik alih kuasa mufti ? Okay lepas ni siapa yang pernah pakai rantai ni, sila mandi dengan air tanah, dan kemudian bilas dengan air multak sebanyak enam kali. Samak ! Sebab ape ? Sebab Cik Abang ni kata HARAM !! xD Apa yang aku tau lah, dalam Al-Quran cuma menyebut hanya 2 ekor binatang yang haram iaitu Babi dan Anjing(dan saudaranya). Mungkin cik abang ni dah kaji lagi mendalam, no offense XD

Dekat sini aku ada buat sikit research sebab nak lawan dia yang dah buat reseach mendalam.

Sheikh Ibn Uthaimin r.h ditanya tentang hukum memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Beliau menjawab : “Tidak harus bagi seseorang memakai baju yang ada padanya gambar haiwan atau manusia…..”

Kedua : Sah solat dengan pakaian yang ada gambar manusia atau haiwan. Cuma ia berdosa.

Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat.

Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa.
[RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179]


 Mengikut apa yang aku faham, hukum memakai benda ni adalah TIDAK HARUS ataupun MAKRUH which mean tak perlu pun. Tapi, adalah berdosa jika kau pakai benda ni ketika solat (walaupun bagaimanapun, solatnya sah). Pandangan korang macam mane ? Haram ke ? xD xD


Aku boleh nasihatkan korang yang ada rantai ni, simpan jela rantai tu bawah katil. Atau kalau rasa menbazir, korang pegi dapur, lebih balik besi rantai tu,buat la bentuk love ke, bulat ke, petak ke,.jangan segitiga sudah. Sebab nanti keluar pulak post baru "HARAM memakai rantai berbentuk segi tiga !" wahahahah xD xD


Apa yang aku boleh conclude kan dekat sini ialah :

Owner blog tersebut telah menghabiskan 50 chapter The Arrivals dan masih terbawak-bawak dengan freemason. haha xD


  • P.s : yang Bayar mason takde ke ? asik free je ? atau takde siapa-siapa nak kaitkan Burung Hantu ni dengan Horus ?  haha. 
  • P.s.s : Ampunkan saya jika ada terkasar bahawa atau apa jua salah dan silap. Sesungguhnya saya insan yang kurang Research bebanding anda semua :D



UPDATE .
========================================================================