September 30, 2012

Mengapa terus kau diam?

Langkah pertama kau membaca puisi ini,
kesatkanlah air mata dipipi.

Aku bukan pendekar yang bijak mengatur langkah merancang strategi,
aku hanya manusia yang melangkah ikut gerak hati,
mungkin kaca hatimu kerap aku calarkan
tetapi percayalah bukan itu yang aku mahukan.

Mungkin datang petir dan ribut,
taufan datang bertambah kusut,
tetapi badai pasti akan surut,
setiapnya akan aku sambut,
untuk kamu, tak akan aku takut.

Usah kau patah dan layu,
siang garing malam membeku,
akan hadir sinar dan bayu,
pasak diriku teguh untukmu,
ini sumpah aku padamu.

Jika kau mahu bintang di awan,
akan aku petikkan,
agar bisa kau timangkan,
jika pintamu adalah bulan terang,
aku mampu terbang sekarang,
agar dapat kau mendodoi sayang.

Aku cuma pinta satu perkara,
minta dijenguk jasad ini,
minta dilihat wajah ini,
minta direnung mata ini,
minta dijengah tanpai benci,
minta diselami hatiku ini,
minta diintai sekali lagi,
jangan biarkan aku sendiri.

Apa yang tersorok dalam angkasa jiwa ku telah aku keluarkan,
aku pejam mata harap semua akan aman.
Tentang soalan yang kerap ku tanyakan,
benar, aku masih menanti sebuah jawapan.

Cereka yang telah lama tertulis.

Pada masa aku bersujud tubuh sehingga kebas setiap rongga,
aku meminta Dia izinkan kamu untukku,
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

Dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa,
aku memujuk Dia datangkan kamu selalu,
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup,
aku menunggu Dia hidupkan sepenuhnya,
aku menangis agar dikesiankan mimpiku seikhlasnya.

Dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup jantung,
aku mengemis Dia bagikan redhanya,
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

Namun aku lupa,
dalam keadaan jasad aku bersujud simpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak terubah.
jodoh mati sesungguhnya wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata,
telah siap hikayatnya tidak terhitung berkurun lama.

minta dan rayulah,
pujuk dan sembahlah,
tunggu dan tangislah,
emis dan rengeklah.

sampai lebam takkan berubah!

September 20, 2012

Terbiar kerana dibiar.

Kembali kepada blog. Tiba-tiba aku teringat tentang kewujudan blog yang aku wujudkan ini. Kini aku hampir terlupa mengapa aku mewujudkan blog ini ? Aku sebenarnya mahu membuat post baru pada blog ini, tapi sejujurnya, lihat daripada hasil nukilanku malam ini, jelas aku tiada apa-apa yang mahu dikongsikan. Aku cuma kasihan dengan blog yang telah ditinggalkan ini. Domain jugak lagi berapa bulan nak expired. Sangat malas terasa untuk renew. Mungkin perlahan-lahan aku patut tinggalkan blog ini. Mungkin. Chalo ~