June 24, 2010

Antara Career yang bermula daripada laman sosial.

1. Artis/Public Figure/Selebriti.
Dah ramai sangat budak-budak muda yang selalu melepak dekat atas jambatan kat kampung aku telah berjaya mencipta nama dalam kerjaya ni. Kejayaan mereka terbukti lebih-lebih lagi dengan laman sosial facebook. Dengan bermodalkan status yang diupdate setiap 10 minit, mereka telah mengalahkan artis-artis Hollywood mahupun Bollywood. Bagi yang perempuan,dengan bermodalkan gambar yang sexy dan berunsur "belanja", ramai lelaki (buaya yang hidup didarat) berpusu-pusu meng"add" perempuan tersebut. Langkah ini ternyata berkesan mahupun untuk jangka masa yang panjang.

2. Penyanyi (solo atau berkumpulan)
Cara yang mudah. Anda cuma perlu create satu account Youtube . Rakam seberapa banyak nyanyian yang anda mampu (sampai LEBAM). Soal sedap tak sedap,suara macam ikan buntal,suara serak basah,suara budak kecik walaupun berumur 51tahun, anda tak perlu risau, kerana anda PASTI akan ada viewers. Ini adalah langkah awal sebelum anda diterapkan didalam rancangan seperti Akademi Fantasia, Mentor.

3. Photographer
Perkara yang sangat tak lazim atau orang putih cakap unorthodoxly sekiranya seorang pemilik akaun laman sosial terutama sekali kaum hawa tidak terjebak dengan kerjaya ini.  Tanpa skill photography, tanpa camera DSLR, walaupun bermodalkan camera handphone 1.3megapixel, anda sudah layak bergelar photographer.
Bagi yang perempuan, ramai juga diantara mereka melibatkan diri dalam bidang permodelan. Lebih-lebih lagi model di toilet shoppingmall seperti Pavi & Jusco.
*Info tambahan : tahukah anda Pavilion terkenal dengan toilet paling banyak dijadikan photoshoot ?

4. Pelakon.
Pekerjaan yang ditujukan khas untuk orang yang suka sangat copycat atau buat fake account orang lain atau orang panggil kerja-kerja stalking. Kerja seni diorang memang terbaik. Kalah James Bond. Detective Conan amik masa 8tahun nak rungkaikan misteri ni. Sanggup buang masa nak jadi orang lain. Sebenarnya, aku pun  tak faham apa masalah orang jenis ni. Kalau sakit mental, sila dapatkan rawatan. Kalau tujuan nak balas dendam atau buat khianat, sila jumpa bomoh santau yang paling berpengalaman. Kalau tak puas hati, boleh buat aduan ke Aduan Rakyat. Lebih efektif.

 5. Petani Moden,
Dengan bermodalkan account facebook, seseorang penanam anggur dapat menggiatkan usaha beliau menjadi seorang petani moden. Tanpa modal,tanpa cangkul,tanpa mesin, anda sudah boleh bergelak "towkey" kebun.
Caranya ialah anda perlu berjinak-jinak dalam aplikasi FarmVille. Lantak hang laa nak tanam apa. Pokok Kobis ke,pokok timun ke,pokok yang makan orang ke, silakan. Kecuali korang nak tanam orang, korang kenalah cari tanah perkuburan berdekatan. Farmville belum sediakan batas untuk tanam orang.

6. Dealer Professional (Kaki Judi sepenuh masa)
Dengan account facebook,dan adding friends yang terjebak dengan Zinga Poker atau Texas Poker, anda sudah boleh memulakan operasi anda sekarang sebagai Dealer Professional. Tiada risiko diisytiharkan muflis. Tanpa modal. Tanpa cagaran. Tidak perlu form-j. atau penyata bank 6 bulan.

7. Nak jadi seorang yang handsome ?
Aku tak boleh cerita lebih, just follow-on profile jejaka ini.



Selamat maju jaya :D