January 2, 2012

Kisah cinta mereka berakhir begitu.

Peah merupakan seorang perawan yang cantik rupawan. Wajahnya persis Siti Saleha dalam Nora Elena. Peah merupakan seorang lepasan Ijazah Kejururawatan. Dia kini sedang menunggu panggilan untuk practical disebuah hospital terkemuka. Dengan rupa yang dimiliki, Peah acap kali di"ushar" oleh ramai lelaki yang terpaut dengan kejelitaannya. Tidak kurang juga dengan Bangla dan mat Afrika yang penasaran melihatnya. Namun, hati Peah telah dimiliki. Ya,. Mamat yang memiliki hati Peah.

Mamat adalah seorang anak kampung yang rajin. Dia berkerja sebagai seorang Mekanik dan memiliki sebuah bengkel. Biarpun Mamat hanya seorang mekanik, Peah ikhlas mencintainya kerana kejujuran hati Mamat. Kisah mereka dipertemukan semasa Peah sedang pulang dari pekan. Peah yang memandu Perodua Myvi 1.5, engine turbo, secara tiba-tiba keretanya rosak ditepi jalan. Hendak dijadikan sebuah kisah, Mamat yang kebetulan berada dikawasan berhampiran datang membantu. Dengan lagak macho seakan hero tamil, Mamat memeriksa kereta Peah. 10 minit ditenung bahagian enjin kereta itu. Namun, sentuhnya tidak.

"Awak tau ke apa rosaknya ?" tanya Peah.
Mamat dengan lagak macho, memalingkan mukanya kearah Peah. Dijawabnya "Biasanya saya repair motor je, kali ni tengok enjin kereta, pening kepala saya". Tersipu-sipu dia tersenyum.

Guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Drama tamil telah bermula. Hujan turun dengan sangat lebat. Suasana kian gelap.

"Awak masuklah dalam kereta, kena hujan nanti demam pula" ujar Mamat tanda ambil berat.

Mamat adalah seorang lelaki 24 tahun yang boleh dikira separa lurus bendulnya. Akan tetapi, dia adalah seorang yang baik hati. Dalam keadaan hujan lebat, Mamat menolak kereta Peah sehingga ke bengkel berdekatan. Rupa-rupanya, kereta Peah bukanlah rosak, cuma kehabisan minyak. Al maklumlah perempuan apabila membawa kereta.

Hari demi hari, bulan bersilih ganti, Peah dan Mamat berkenalan rapat dan masing-masing telah menyatakan perasaan mereka. 4tahun berlalu, masing-masing mengenali isi hati pasangan. Peah merupakan seorang yang kuat cemburunya. Bahkan Mak Jah yang menjual epok-epok juga dicemburu mati. Peah juga seorang yang sensitif dan kuat merajuk. Pernah sekali Mamat berjanji untuk membawa Peah makan bersama. Tetapi Mamat membawa adik perempuannya untuk teman bersama. Mamat, seorang yang menjaga perbatasannya. Sepanjang perkenalannya, dia tidak pernah menyentuh mahupun memegang tangan Peah. Walau pernah terbit dihatinya, namun nafsu tersebut dibilas dengan imannya. Peah pula sangat memahami dan senang dengan Mamat.

Pada suatu hari, diwarung Satay Wak Ketari sedang asyik Mamat memamah satay ditangannya, Peah bersuara ;
"Abang, Peah nak pakai cincinlah"
Tersembur keluar semua yang didalam mulut Mamat melekat dikepala sorang brother ni. Mamat tersentap sebentar dengan apa yang Peah katakan sebentar tadi.
"Peah, abang memang tengah simpan duit nak meminang Peah, tapi belum cukup lagi. Tunggulah 3,4bulan lagi? Abang kan dah janji?" ujar Mamat lembut.
"Apa laa abang ni, Peah bukan nak cincin tunang la. Peah cuma nak cincin murah,untuk symbolik hubungan kita ni. Esokkan genap 4tahun kita couple ?" balas Peah sambil menghulurkan air kepada Mamat.
Tenang hati Mamat seketika mengangguk-angguk. Lalu diteruskan makan satay tersebut.

"Abang!! dengar tak ni ?!!" tepuk Peah kebahu Mamat. Tersembur lagi satay dalam mulut Mamat. Kali ni, cebisan-cebisan tu melekat dekat akak tukang buat air pulak.
"Iyee,abang dengar ni. Tapi nak buat ape ? 3,4bulan lagi, abang janji abang bagi cincin emas terus" jawab Mamat sambil mengelap mulutnya.
"Abang ni,.tak sporting lansung laa.bukannya Peah mintak mahal-mahal. Pasar Karat pun jadi laa"
"Eh,dah pukul 11 dah ni. Dah lewat dah. Mari kita balik ? Bising bapak Peah nanti." Mamat cuba me"line-clear"kan keadaan. Manakala Peah terus menjeling dan memuncungkan bibir.
"Esok petang lepas Peah keje,.kita jumpa k ?"
"Yelahh,.huh.." jawab Peah dengan merungut

Dalam perjalanan pulang itu, Peah lansung tidak bersuara walaupun diusik oleh Mamat. Jelas menunjukkan yang dia marah akan Mamat. Sampai dirumah, Mamat hanya mampu tersenyum mengingat semua telatah si Peah.
"Peah,.Peahh.. kau ni makin cantik pulak bila merajuk" senyum Mamat sendirian diatas katil.

Keesokkan harinya, mereka berjumpa seperti yang telah dijanjikan. Peah masih memuncungkan diri.
"Peah, cuba awak tutup mata" ujar Mamat kepada Peah.
"Buat apa ? Taknak la saya tidur dekat tengah-tengah Bandar ni." balas Peah
"Saya nak bagi hadiah ni,nak ke taknak ?"
"Hadiahhh ?? hah ? Betul kee abang ? Nak nak!!" Jawap Peah dengan muka yang eksited
"Saya kira sampai 3,awak buka mata ye ?"
1. . 2 . . 3....

Peah membuka matanya. Kelihatan satu patung beruang diatas tangannya.
"Comel tak ? macam muka awak kan Peah ?" gurau Mamat
"Apa ni abang, Peah nak cincin laa,.Peah taknak bear" Peah menyatakan dengan keras. Lalu dicampakkan patung tersebut hingga ke tengah jalan.
"Peah nak cincin laa abang! Bukannya Bear" sambung Peah lagi.

Mamat melihat patung tersebut dan berjalan kearahnya untuk mengambil semula patung itu. Namun, tidak disangka, Mamat dilanggar oleh sebuah kereta. Melayang badannya, terbaring ditengah jalan. Darah mula mengalir keluar daripada atas kepada hingga ke hujung kaki. Mamat tidak mampu menggerakkan seluruh tubuh badannya. Peah yang berada dan menyaksikan kejadian itu betul-betul didepan matanya terdiam. Lalu dia menjerit. "Mamatttttttttttttttttttttttttttttttttt !!!!!" seluruh alam menyaksikan.

Peah pergi kearah Mamat, lalu dia menggoyang-goyangkan tubuh Mamat. Seraya Mamat berkata dengan sayu. "Ambil dalam poket ni". Diseluknya Peah kedalam poket. Terdapat sebentuk cincin yang sangat cantik.. Serentak itu patung beruang tersebut mengeluarkan bunyi "will you marry me". Gugur air mata Peah mengalir melihatkannya. Peah menjawab "Iyee abang, Peah sudi,.Peah mintak maaf abang". Mamat terus pejamkan mata dan dikejarkan kehospital.

Mamat dimasukkan dalam unit rawatan rapi. Peah dengan keadaan sayu, berjalan masuk melihat keadaan Mamat yang parah terlantar. "tett,..tettt..tettt" bunyi pulse meter. Tiba-tiba bunyi tersebut berbunyi panjang tanpa henti. Peah kerisauan "Abang!! jangan tinggalkan Peah !!". Berlari masuk terburu-buru kedalam wad dan terus memeriksa keadaan Mamat. Peah memeluk rapat tubuh Mamat sambil menangis teresak-esak. Terdengar suara halus membisik ke telinga Peah memanggil namanyaa.

"Pe. . .peah . . wire heartbeat monitor tercabut ni" perlahan suara tersebut kedengaran. Peah menatap wajah Mamat. Mamat yang sedang tersenyum melihat Peah yang sedang menangis teresak-esak.
"Awak langgar-langgar sampai tercabut wire tu" kata Mamat

"Dia ni bukannya teruk. Patah kaki jee tu" kata doctor yang berada disitu.