January 5, 2012

Fenomena perut berbunyi

Fenomena perut berbunyi sering dikaitkan apabila lapar. Acap kali apabila kita berasa lapar, dan keinginan yang tinggi untuk memakan sesuatu, perut kita akan mengeluarkan bunyi pelik. Gruu~ gruu~ Begitulah andaian bunyi yang dikeluarkan oleh perut mengikut karya animasi-animasi terkini.  Ramai yang menyangka bahawa wujudnya seekor makhluk yang hidung didalam perut kita. Dia merungut apabila mereka lapar sambil menendang usus-usus kita. Jangan terperdaya kerana itu semua hanya mitos sahaja.

Mengikut kajian yang saya lakukan semasa saya di Harvard dulu, saya tak dapat apa-apa keputusan. Sebab belum sempat saya menamatkan kajian, emak saya telah kejut supaya bangun sahur masa tu. Jadi, hari ini saya teruskan kajian saya berbekalkan mimpi yang saya igaukan tempoh hari.


Apa yang boleh saya katakan ialah, bunyi perut ini terhasil daripada getaran yang berlaku didalam perut. Manakala getaran yang berlaku dibibir dubur anda ialah kentut atau nama saintifiknya kentuit hexadomonas. Gegeran-gegaran ini biasanya disebabkan oleh pencernaan normal. Jadi siapa yang tidak mengaku dia kentut itu adalah orang yang tidak normal. Gegaran ini boleh berlaku apabila anda lapar. Dan jugak boleh terjadi apabila anda selepas makan atau antara waktu makanan sedang dihadamkan.

Lapar dan selera makan dikawal oleh sistem yang kompleks isyarat saraf dan bahan-bahan seperti hormon terutamanya yang dibuat oleh sistem penghadaman anda. Apabila anda tidak makan untuk sementara waktu, bahan ini dilepaskan dan menyebabkan sebahagian otak anda yang dikenali sebagai hipotalamus untuk "menghidupkan" keinginan anda untuk makan. Mesej kemudiannya dihantar ke perut dan usus anda tanpa menggunakan sebarang provider rangkaian seperti Maxis dan Celcom yang menggunakan caj yang tinggi. Ini akan mencetuskan pengecutan otot dan pengeluaran asid dan cecair penghadaman yang lain yang secara tidak lansung akan menyebabkan gegaran serta rungutan bunyi yang anda dengar. sebagai persediaan untuk perut anda menerima makanan. Hanya dengan berfikir, melihat mahupun menghidu makanan, fenomena ini boleh tercetus. 



Namun, kadang-kadang bunyi perut yang berlebihan boleh menjadi tanda-tanda gangguan yang mendasari gastrousus seperti sindrom usus atau nama saintifik yang mudah untuk difahami ialah sakit perut atau sembelit. Tetapi dalam kes-kes seperti ini, bunyi perut biasanya disertai dengan tanda-tanda dan gejala-gejala seperti kembung, cirit-birit, kekejangan atau gas yang berlebihan.

Anda tidak perlu risau. Kerana seperti apa yang saya katakan sebentar tadi, perkara ini adalah normal. Anda tidak akan mendapati komplikasi dalaman seperti kanser, asma, jantung belubang mahupun keguguran kandungan anak luar nikah. Anda hanya perlu risau apabila anda ingin kentut, tetapi firasat anda mengatakan bahawa najis yang anda kandungi itu dalam kosentrasi cair. Itu amat merbahaya kerana mengandungi bau yang cukup melantong.



 Apa yang saya kongsikan kepada anda ini adalah fakta belaka yang bercampur sedikit auta. Artikel ini jugak dapat diklasifikasikan sebagai laporan oleh kerana perut saya juga sedang berbunyi pada ketika ini. Akhir kata daripada saya ;

Sama-samalah kita membaca doa makan sebab perut saya dah berbunyi. Sekian terima kasih.

Credit tu Nurul Jannah Zulkifli a.k.a Jane Doe