March 14, 2011

Perempuan yang HOT dekat University @ Kolej

Benda ni memang tak pelik laa bagi yang biasa & sedang belajar dekat instituti pengajian tinggi ni.
Aku percaya mesti ade punya laa orang orang yang macam ni kan ?


Kalau korang masih tak dapat kenal pasti siapakah golongan yang tersebut,
aku bagi korang ciri-ciri dia  :

1. Golongan perempuan hot kolej selalunya akan bergerak dalam kelompok empat atau lima orang kerana mungkin mereka merasakan perhatian lebih diberikan ketika berjalan secara groupie. Berseorang adalah tak cool bagi mereka. Di kalangan mereka akan ada seorang ketua yang dilantik untuk mengepalai kumpulan dan pilihan ini biasa dibuat berdasarkan siapakah yang paling hot di antara mereka.

2. Perempuan hot kolej memang golongan mereka yang pentingkan penampilan. Fashion dijadikan priority untuk nampak lebih metropolitan dan up-to-date. Branding is a must. Mereka tak memakai sesuatu yang terlalu seksi untuk ke kuliah tetapi lebih menonjol berbanding gadis-gadis golongan lain. Sedikit solekan (selalunya akan over) dikenakan untuk lebih menyerlah.

3. Perempuan hot kolej tak terlepas daripada stereotaip tergedik-gedik tak bertempat. Sindrom ni paling ketara bila perempuan hot kolej bertemu perempuan hot kolej yang lain. Gedik seolah-olah dijadikan guideline untuk bina karakter hot dalam diri mereka. Jangan salah tafsir tentang gedik. Gedik ni dah macam karier dan bukan senang nak jadi gedik. Perlu practice to make perfect.

4. Mereka akan menghabiskan masa di cafe dengan bergossip sepanjang class break. Mereka tak makan tengahari dan alasan yang sering diberikan adalah diet. Selalunya, di atas meja mereka hanya terdapat dua gelas fresh orange yang berjaya dikongsi oleh lima orang perempuan hot kolej.

5. Perempuan hot kolej selalunya tidak akan membawa beg yang berat dan gedabak dan dilihat lebih selesa untuk membawa handbag berjenama untuk ke kuliah. Bagi mereka, beg perlu minimal, janji cukup untuk sumbat dua batang highlighter dan complete set make-up. Buku tak disimpan dalam beg sebab buku wajib dibimbit untuk tujuan placing. Kalau boleh buku yang dibimbit tu mesti tebal dan tajuk mesti complicated. Baru nampak macam bijak pandai.

6. Menyertai aktiviti anjuran kolej adalah less important kerana mereka rasa menghabiskan masa bermain Blackberry di kopitiam adalah lebih hot. Selain itu, setiap hujung minggu akan mereka penuhi dengan aktiviti karaoke, clubbing, tengok movie dan untuk perempuan hot kolej yang berkeinginan untuk lebih menonjol, sekali-sekala mereka akan berkumpul di Sports Planet Ampang untuk bermain futsal.

7. Perempuan hot kolej dilihat selalu berdampingan dengan mana-mana lelaki jambu kolej atau sekurang-kurangnya, menjalin skandal dengan mereka yang tak jambu langsung, tapi memiliki kereta. Kebanyakan perempuan hot kolej gila besi. Naik motorsikal adalah aktiviti kurang sihat bagi mereka, mungkin kerana motorsikal kurang besi daripada kereta.

8. Akhir sekali, perempuan hot kolej memang suka tergedik-gedik.



Lepas ni,kalau korang OTW nak pegi class/cafe, usha usha laa perempuan yang dekat-dekat sekeliling.
mane tau ade.
Cari laa sampai LEBAM !