March 17, 2011

Apa yang akan terjadi kalau facebook akan tutup.

1. Perkara pertama yang bakal terjadi ialah sudah pasti facebookers akan kehilangan account facebook mereka.

2. Seorang kawan berkemungkinan besar akan "lost contact" dengan 400 orang kawan mereka. Hubungan kawan akan kekal sekiranya mereka duduk didalam 1 koloni yang sama. Kawan yang lain-lain,yang kedudukan mereka agak berbeza dari segi longitud & latitud, sama ada yang berada ditimur atau dibarat, dicelah pelusuk antartika, mereka tetap akan lost contact.

3. Mark Zukenberg akan berpindah ke bulan atas alasan :
    a) Kekayaan yang melampau lampau
    b) Ingin mempromosikan website baru di bulan
    c) Sebagai tempat persembunyian kerana takut diburu oleh extremist Facebook.

4. Laman sosial yang otai seperti Myspace, Twitter,  akan kembali popular. Hubungan kekeluargaan dan ikatan silaturrahim bagi kawan kawan yang "lost contact" apabila Facebook shutdown akan bermula semula di sini.

5. Bagi sesetengah orang akan menghidap penyakit gila apabila tekanan perasaan yang dihidapi tidak dapat lagi diluahkan kerana tiada lagi wall.

6. Dinding disekitar Bandaraya mahupun kawasan pendalaman bakal dipenuhi oleh update-update statuses.

7. Kewujudan laman sosial baru seperti Dr.Book yang mahu memonopolikan rakyat rakyat cyber.

8. Aktiviti stalking awek-awek,pakwe-pakwe terpaksa dihentikan. Terpaksalah mengupah Detective Conan untuk menyiasat aktiviti mereka.

9. Segelintir orang yang selama ini meluangkan masa sebanyak 22.3jam sehari dihadapan screen laptop mereka untuk meng"update" facebook mereka merasakan dunia mereka telah berakhir. Banyak cubaan bunuh diri bakal dilakukan akibat rasa bosan yang bertimbun-timbun. Mengikut statistic,kemungkinan besar rakyat Malaysia akan bertukar hobi kepada hobi lain seperti mengumpul setem,mengumpul barang-barang antik.

10. Website-website edit gambar seperti Picnik dikhuatiri akan muflis akibat kurangnya pengunjung yang selalu edit gambar, akan berhenti edit gambar oleh sebab tiada lagi wall untuk ditayang.