December 18, 2010

Perempuan yang agak "annoying"

 *gambar sekadar hiasan


1. Perempuan yang manja tak bertempat
Perempuan yang manja tu memang comel. Tapi, kalau manja tak bertempat tu yang salah. Kalau anda bermanja-manja kambing dengan boyfriend sendiri, tu boleh dikira loving lagi. Tapi kalau kat tepi tandas awam pun nak manja macam singa betina jumpa singa jantan pun tak jadi gak. Yang paling annoying bila dengan kawan-kawan boyfriend sendiri pun nak manja melebih. Sila tinggalkan awek anda kalau dengan pakcik teksi pun dia still bertepuk-tampar.

2. Perempuan yang suka marah-marah sebab benda kecik
Mereka yang suka besarkan hal yang kecik ni memang spoiled. Nampak tak manis langsung. Nak marah tu boleh, tapi biarlah bersituasi. Contohnya, bila anda selamba penguin maki boyfriend sendiri sebab lambat topupkan anda. Orang nak topupkan pun dah kira baik. Kalau ni memang bad habit anda, pergi dapatkan rawatan terapi kat hospital sakit jiwa.

3. Perempuan yang jadikan alasan datang bulan untuk mengamuk
Selalunya perempuan akan menjadikan alasan period bila dah berjaya marah orang lain secara membabi buta. Ada je yang tak kena dengan emosi mereka. Satu dunia pun tau anda tengah mood swing. Tapi kalau orang lain swing anda balik, janganlah marah ye. Datang bulan bukan lesen besar untuk anda menjadi ganas. Kalau tamo period, sila jadi memerang. Period.

4. Perempuan yang suka balas sms pendek-pendek
Kadang-kadang aku rasa nak lempang diri sendiri bila sms dengan perempuan jenis ni, sebab nak lempang dia, dia takde kat depan aku. Cuba bayangkan kalau aku sms dia macam ni "hi awak dah sihat ke belum? dah pegi klink? jangan lupa makan ubat ye?" dan dengan tenang dia reply macam ni "ok". Main msg dengan peti sejuk pun lagi sejuk hati tau.

5. Perempuan yang sepuluh minit sekali update status fesbuk
Maybe ramai yang makan dalam dengan point ni. Kalau anda update tu sesuatu yang knowledgeable ke, nak tulis quote banyak-banyak untuk share dengan orang ke, aku tak kisah lagi. Tapi kalau takat selang sepuluh minit update cakap makan nasi ayam la, tengah jemur kain la, korek hidung dalam kereta la, tak ke gampang tu?
6. Perempuan yang taknak follow blog aku.
Memang aku sangat benci la dengan perempuan macam ni.
*nampak sangat aku tengah kurang Idea kan masa ni ?