March 19, 2016

Cinta

Manusia itu kian rakus
bolong-bolong hati disuap nafsu
jiwanya dibutakan dengan ambisi dunia
darjatnya cinta itu dahulu diukur dengan setia
hari ini, cinta diukur dengan berapa ramai
permainan yang tidak ada pemenang.

Mengapa anak muda?
Mengapa jalan yang salah kau pilih?
Seolahnya mengejar cinta itu lebih ghairah
dari menghafal surah
bebaskanlah dirimu dari dijajah
oleh sesiapa atau apa-apa sahaja
kalau kau sibuk bermain cinta,
bila agak akan kau mengerti maknanya cinta?