November 6, 2014

Hipokrasi

Dalam megah mereka membenci,
Mengutuk,
Tidak mahu memahami,
Mengharamkan itu ini,

Pada masa yang sama jualah,
Mereka diam membisu,
Bagai dijerut halkum-halkum mereka,
Dari berperang menegakkan yang Haq,

Nun, 
Di peti kaca TV,
Galak menyentuh tiada bersebab,
Tidak lah pulak mereka menajiskan,

Nun,
Di kerusi-kerusi empuk,
Hidup sang penyangak,
Menelan segala riba,
Wahai, diam sahaja?

Nun,
Di tepi-tepi longkang,
Hidup sang gelendangan,
Dikutuk dihina,
Mereka senyap seribu bahasa.

Nun, 
Di ceruk2 dusun,
Manusia bagai lagaknya haiwan,
Menyondol kalahkan khinzir,
Tidak pula mereka khuathir

Ah,
Kerja mereka hanya mahu melaga,
Mengusut dari menguraikan,
Supaya buncit perut mereka,
Kenyang hasil menerangkan,
Kekusutan yang mereka cipta tadi.

Ah,
Borjuis-borjuis agama,
Kamu membenci yahudi nasrani,
Namun kamu semacam serasi...

Aku harus bagaimana?
Atau kamu yang harus bagaimana?

(At-Taubah: 34)