March 23, 2014

Ini tidak adil.

Ini tidak adil.

Apabila sebuah pesawat hilang, seluruh dunia terus berikan perhatian kepadanya. Berpuluh pesawat, beratus kapal diarah mencari dan menyelamatkannya. Kerana sebuah pesawat yang hilang dan sejarah hitam yang tercipta. Bukan aku tidak hiraukan 237 nyawa itu, tapi dunia berlaku kejam & bias.

Mengapa?

Kerana disaat ini juga, sudah berjuta rakyat Palestin diusir dari rumah mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka dipukul, ditetak, dirogol, dibunuh, dibom. Kini ratusan ribu antara mereka sedang kelaparan dan ramai yang mati kebuluran. Dimana dunia? Tiada siapa yang mendengar tangisan Yarmouk.

Belum cukup dengan itu. Di Afrika, mereka dipukul dan dibunuh hanya kerana mereka berani melafazkan Allahu Akhbar. Di Syria, mereka disiksa kerana hidup berteraskan sunnah. Di Rohingya, dibunuh hanya kerana mereka Islam.

Adakah ini semua adil buat mereka?

Berita tentang pesawat setiap lima minit.
Berita tentang mereka setiap 5 minggu.
Hari ini kita hantar kapal dan pesawat mencari pesawat yang hilang.
Esok mereka disana terima pesawat dengan bom dan peluru.
Di Twitter, #Pray4MH370 sudah 2 minggu,
Tetapi mereka tiada siapa yang peduli.

Sedih apabila doa yang percuma pun susah nak bagi.