February 28, 2016

Tidak sama.

Masa tidurku tak seperti kamu
mengapa begitu? Aku tidak tahu
masa kau tidur aku berkarya
masa kau kerja aku terlena
dan bila masa kau pulang aku pula bekerja
rotasi masa sama situasi berbeza
cerita ku benar bukan direka
boleh kau intai aku dari jendela mata
jika ingin mengenal diriku yang hina.

Lawak jenaka kadang aku lontar
kdang terdiam melihat manusia
gelagat, pelat kita tak serupa
namun hakikat dari Maha Esa
selesa perut tak perlu ku ikat
cemuhan musuh? Telinga ku tambat
selepas subuh masa ku berehat.

Adakah benar aku berehat?