December 2, 2013

Kerna inilah aku

Ku nyanyi kan lagu ini
sebebas gerak naluri,
bergetiran nada
berlagu hanya satu,
cemburui helang
melayang di langit biru,
pasrah ku menggaya,
menutupi hakikat itu,

Ya kekasih di dalam kekasih,
ya kekasih yang teramat ku kasih,
inilah lagu ku, inilah jiwa ku,
ini buat mu, kerana inilah aku.
bukakanlah pintu asmara mu,
titiskanlah madu keesaan mu.

Tetap ku petik tali gitar ini,
walau tak sehebat yg ku ingini,
ku aluni jua irama ku buat mu
walau lagu nya tak ditemani merdu,
namun tetap terus ku belagu,
kerna inilah aku, kerna inilah jiwa ku,

Kembali menimpali diri ini,
bunga kasih mekar mewangi
terbenam segunung sangka curiga
di herdik cahaya rahsia satu cinta.

Maha jernih air dari matamu,
ku hirup ku teguk semahu hati ku,
nyatanya cinta mu,

membinasa segalanya,
maka sejarahlah aku,
setelah lenyap tiada.

Pabila gitar dan pemetiknya,
Irama serta lagu nya,

cair menyatu,
yang nyata cinta dalam satu.