November 21, 2013

Sudah-sudahlah.

Hai hati yang dah lama membatu,
Sudah-sudahlah kau menunggu,
Jangan dibiar layu hati yang tepu,
Menyesal lah hidup kalau begitu.

Wahai hati yang lama merana,
Sudah-sudahlah puja tak semena,
Orang tak mahu jangan ditanya,
Melangkahlah, didepan ada yang mampu jaga.

Alahai hati yang sudah binasa,
Sudah-sudahlah kau buang masa,
Tinggal semua harapan yang ada,
Kerana tak semua hati itu ada harga.

Sudah-sudahlah, pergi kemana saja,
Asal bukan kembali ke hatinya.

Biar dia rasa hilangnya jiwa,
Biar dia tahu apa ruginya,
Biar dia sedar kaca yang dibuangnya ini sebutir permata.

Sudah-sudahlah,
Mari kita pergi,
Kita cari jalan untuk bahagia,
Kalau bukan didunia, kita cari Firdausi-Nya.